SUTRA Aromatherapy Massage Oil

  • Sale
  • Regular price RM20.00 MYR
  • 5 available


4 Manfaat Menakjubkan Minyak Urutan SUTRA untuk Kulit dan Kesihatan Badan.

Aromaterapi Minyak Urutan SUTRA sangat berkesan bagi membantu melegakan sakit otot dan sendi. Bahan yang terdapat dalam minyak memulihkan sel tisu dan melindungi kulit daripada jangkitan bakteria.

1) Ketenangan (SENSUAL)

Tidur adalah penting untuk kehidupan manusia kerana ia memberikan rehat kepada minda dan badan serta membolehkan otak mengatur kerja untuk hari berikutnya. Minyak urut Sensual boleh memberikan perasaan santai dan membantu merawat gangguan tidur dan insomnia yang disebabkan kerana tekanan yang berlebihan seperti sakit otot dan sakit kepala. Selain itu, ia meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan, menurunkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Bauan yang menenangkan sangat sesuai untuk pasangan anda. 


2)Melegakan dari Sakit dan Radang:(SOOTHING)

Ketegangan yang berlebihan seperti duduk di hadapan komputer untuk jangka masa yang panjang atau senaman yang lebih kerap boleh membawa kepada ketegangan dan radang otot dan sendi. Mengurut badan dengan menggunakan Minyak Urutan Soothing dapat membantu mengurangkan rasa sakit otot, kekejangan, terseliuh dan sakit sendi. Di samping itu, ia juga membantu dalam melegakan kesakitan yang disebabkan oleh artritis dan gout.

3)Membantu Melegakan Kekejangan Leher, Bahu dan Belakang(Migrain) (CAPTIVATING)

Gaya hidup moden kebanyakannya tidak aktif dan majoriti pekerjaan yang dijalankan adalah berteraskan komputer yang memerlukan kita untuk duduk sepanjang masa di hadapan skrin. Ini sering memberikan tekanan pada otot-otot leher dan bahu. Beberapa urutan asas dengan menggunakan minyak urutan ‘Captivating’ dapat membantu melepaskan ketegangan di leher dan bahu dengan meningkatkan peredaran darah dan aliran tenaga. Pati minyak peppermint yang terdapat dalam minyak juga sangat membantu kepada mereka yang mengalami masalah migrain.

4) Memberi Kesegaran (REJUVENATING)

Minyak pati Rejuvenating mempunyai formula unik & khusus yang mudah menembusi kulit, sehingga meresap ke dalam sel-sel kulit badan. Setiap ramuan dipilih dengan teliti untuk tindakan fisiologi dalam badan & membantu 
memulihkan sel tisu agar lebih bermaya.